Masterclass Screenwriting ~ Bila surat tawaran tiba pada hari terakhir program!

Saya memohon menyertai Masterclass Screenwriting pada hari terakhir Bengkel Penulisan Skrin di FINAS yang telah berlangsung dari 4 hingga 8hb Oktober 2010 yang lepas.


Borang permohonan penyertaan Masterclass Screenwriting yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 26hb November saya serahkan sendiri di Bahagian Latihan Perfileman pada hari tamat latihan bengkel @ 8hb Oktober. Besarlah harapan saya akan diterima menyertai Masterclass tersebut.


Masa berlalu begitu sahaja dan saya ternanti nanti surat tawaran penyertaan Masterclass Screenwriting tersebut sampai ke petisurat saya ataupun emel dari Bahagian Latihan Perfileman tiba ke inbox saya.


Bilamana 22hb November 2010 berlalu begitu sahaja tanpa ada kelibat sepucuk surat bersampulkan logo rasmi FINAS didalam petisurat saya, saya berfikir mungkin mereka telah cukup kuota dan nama saya tidak disenaraikan sebagai peserta bengkel.


Saya teruskan saja aktiviti saya dengan urusan urusan lain dengan niat untuk cuba memohon lagi tahun 2011.


Tiba hari Jumaat 26hb November 2010, tup tup ada satu sampul surat berlogo FINAS didalam petisurat.


Bila dibuka terserlah sekeping surat tawaran dari FINAS untuk saya menyertai Masterclass Screenwriting bertarikh 15 November 2010!


Saya belek cop tarikh pengeposan pejabat pos disampul surat berkenaan dan mendapati tarikh 25hb November 2010!!!


Begitulah tahap kerja di Bahagian Latihan Perfileman FINAS!


Finish!!!


Apakehalnya dengan pihak pengurusan Bahagian Latihan FINAS ni?


Hello???


Orang dah mohon menyertai Masterclass Screenwriting pada 8hb Oktober lagi!


Mangkok hayon manakah yang mengepos surat tawaran penyertaan Masterclass sehari sebelum ianya tamat?


Kalau macam ginilah gaya kerja petugas di FINAS, nampak gaya nya para penggiat seni kenalah belajar sendiri dimana mana tempat lain yang boleh bertugas dengan lebih bertanggungjawab?


Apakah mentaliti kerja 'gomen' begitu menebal didalam sanubari petugas berkenaan sehingga boleh alpa dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada nya?


Macam mana lah industri perfileman kita nak maju kalau ada samdol samdol macam ni kat FINAS?


Ada kawan sekelas saya dahulu tertanya tanya akan manakah perginya teman teman lain yang tak muncul di Masterclass Screenwriting tempohari?


Nak muncul macamana Nal?


Masterclass mula 22hb November. Surat tawaran sampai 25hb November!


Hancurrrr!!!!!

2 Comments

Unknown said…
Kesiannya. Tahun depan boleh mohon lagi. Mereka makan gaji buta kot?
MAHAGURU58 said…
Nampak gayanya macam tu lah!

Macamanalah negara kita nak maju?

Kekadang memang terbukti benar kata kata bahawa negara kita mempunyai infrastruktur kelas pertama di tempat tempat tertentu tetapi tenaga kerja kelas ketiga.
Newest