Kenapa drama tv dan filem Malaysia tidak berkesan?

Assalamualaikum.

Saya percaya ramai di antara kita yang hidup di Malaysia boleh dikatakan bosan dengan persembahan 'run of the mill' drama drama tv dan filem Malaysia yang selalunya tidak mencapai tahap 'box office' kerana jarang berkisar tentang realiti semasa.

Kebanyakan drama drama tv tempatan selalunya bertema cinta, pergolakan didalam keluarga, perebutan kuasa didalam syarikat, hasad dengki sesama manusia, berkampong dengan sketsa penyelewengan agama, dan jarang menyentuh aspek salah laku didalam agensi, jabatan dan kementerian kerajaan baik yang persekutuan mahupun negeri negeri dibawah pembangkang.

Realiti kehidupan semasa tidak ditonjolkan bilamana ianya melibatkan pihak berkuasa. Seolah menjadi 'taboo' untuk pengeluar drama dan filem tempatan untuk menyentuh atau mendedahkan salahlaku dan jenayah pentadbiran yang sebenar benarnya memang berlaku didalam kesekelian agensi dan jabatan serta kementerian kerajaan negeri dan persekutuan.

Pihak Perbadanan Filem Nasional semestinya ada meletakkan syarat tertentu terhadap mana mana pengeluar drama dan filem tempatan dimana pendedahan sebegitu dilarang dan jika ada penerbit drama atau filem yang berdegil juga ingin mendrama atau memilemkan topik sebegitu akan digam dan disenaraihitamkan FINAS serta mana mana stesen tv swasta mahupun RTM!



















Ini dia yang membantutkan perkembangan industri drama dan filem tempatan sehingga para penonton tv dan filem menjadi bosan dan beralih selera kepada filem filem dan drama tv luar negara yang lebih berani dan bebas berkarya menyentuh perkara perkara yang dilarang tayang didalam negara ini.

Bukankah kehidupan kita ini menghadapi segala macam salah laku mereka yang berlaku khianat dan tidak bertanggungjawab didalam pelaksanaan tugas mereka?

Salahlaku ini jika tidak dibendung dan dipaparkan untuk tontonan awam hanya menipu diri sendiri dan mengujudkan satu keadaan yang tidak benar didalam perjalanan hidup masyarakat dan pemerintah negeri negeri dan negara ini.

Jika mahu melihat industri seni lakon dan seni layar di Malaysia berkembang maju maka hapuskan lah sekatan yang tidak di isytihar ini dan bukalah ruang dan peluang bagi penggiat seni, penerbit dan pengeluar drama tv dan filem berkarya dengan berasaskan hakikat kehidupan semasa dan tidak terkongkong didalam genre komedi kelas tiga yang disajikan tanpa henti kepada warga penonton.

Kami dah muak!


0 Comments

Oldest