Bila pelajar tak tekun belajar....

Saya memang amat berminat untuk meneruskan pembelajaran saya didalam bidang penulisan skrip dan penerbitan dokumentari atau cerekafilem atau teledrama.


Pengalaman saya belajar menulis skrip dokumentari dibawah Cikgu Azrain Ariffin di dalam Bengkel Penulisan Skrip Dokumentari di FINAS, Hulu Kelang meninggalkan kesan pelbagai didalam hati dan sanubari saya.


Samada kelas kelas bengkel latihan ilmu ilmu perfileman ini berjaya menambahkan mutu terhadap para penggiat seni filem, drama atau dokumentari tanahair terpulang kepada mutu pembelajaran semasa kelas kelas latihan atau bengkel ini berlangsung?


Dari pengamatan saya, kualiti guru dan para pelajar sama sama memainkan peranan penting didalam menentukan kejayaan sesuatu bengkel itu?


Jika kena guru yang berkesan didalam menyampaikan modul latihan menurut jadual dan tidak tersasar dari silabus program, maka ada harapan untuk bengkel atau kelas itu berjaya.


Guru yang mengendalikan kelas atau bengkel latihan haruslah bijak mengemudikan kelas atau bengkel dengan profesional. Sekiranya guru itu lemah didalam pengurusan bengkel atau kelas dengan membiarkan para peserta membuang masa dengan berborak sesama mereka semasa kelas sedang berlangsung, maka hasilnya nanti adalah bagaikan sesiput bercengkerang asing atau umang umang.


Tamat bengkel di adakan majlis penyampaian sijil kehadiran bengkel atau kelas latihan kursus kursus berkenaan dan para pegawai pengurusan latihan datang hadir merasmikan penamatan kursus atau bengkel tersebut.


Jurugambar datang mengambil gambar para peserta senyum semeweng sambil menyeringai menerima sijil tetapi hakikatnya ilmu yang kononnya sudah dikuasai hanya seumpama fatamorgana di padang pasir.


Hasilnya nanti bilamana menghasilkan skrip akan sama dengan kualiti orang orang setengah masak dan jika nasib lah para penerbit industri filem atau drama televisyen akan terdesak menerima skrip lebih kurang itu untuk diproduksikan.


Maka tidak hairanlah saya akan tahap atau kualiti produksi drama, filem atau dokumentari 'tangkap muat'.


Saya telah melalui keadaan ini dua kali dengan bengkel kedua penulisan skrin di FINAS dengan hari ini. Bengkel Penulisan Skrin.


Saya agak terkilan dengan kurangnya fokus para pelajar dan guru pengendali bengkel itu sendiri yang hanya membuang masa berbual tajuk di luar topik atau benda benda yang tidak termasuk didalam modul latihan.


Namun, apakan daya penulis ini kerana saya hanya seorang individu yang sedang berusaha memperkasakan diri dengan ilmu ilmu yang perlu untuk menyumbangkan hasil penulisan yang lebih bermutu berteraskan Dakwah al Islamiyyah untuk kebaikan ummah yang menonton teledrama, filem atau dokumentari berasaskan penulisan kita?


Terpulanglah pada pengendali industri seni tanahair untuk berusaha menaikkan mutu industri seni visual negara ini.

0 Comments